PIAGAM PELANGGAN
SMK Sultan Ahmad
Kami bersedia berkhidmat dan memberi layanan yang mesra dan saksama kepada semua pelanggan kami sebagaimana berukut:
- Memberi pendidikan yang berkualiti dan seimbang.
- Meningkatkan disiplin, kebersihan, kesihatan, kecerdasan dan keselamatan di sekolah.
- Menyelesaikan sebarang masalah pelajar dengan cepat dan tepat.
- Melahirkan lepasan sekolah berilmu, bermoral tinggi dan beramal soleh.
- Menyelesaikan pelbagai urusan pelanggan yang ada hubungan dengan kami dengan cepat, tepat dan mesra.
- Meningkatkan permuafakatan dan penglibatan pelajar, guru, tenaga sokongan, ibu bapa, masyarakat dan badan-badan atau agensi-agensi setempat dalam urusan pendidikan di sekolah sepanjang masa.
- Mewujudkan budaya sekolah penyayang dan perihatin.
No comments:
Post a Comment