SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah
Kebangsaan Sultan Ahmad atau singkatannya SMKSA yang lahir untuk keperluan
pendidikan di daerah Kuala Terengganu ini,telah dibina pada tahun 1974 dalam
proses pembinaan yang agak perlahan.Tapak SMKSA terletak di Kampung Losong Tangki
Air tidak jauh dari pusat bandar Kuala Terengganu.
Sekolah ini mempunyai tiga blok bangunan induk 2 tingkat,iaitu Blok
A,B dan C.Ketiga-tiga blok ini,digunakan untuk bilik darjah,bilik peralatan
sukan, bilik kaunseling, bilik Kadet Bersatu Malaysia, ruang-ruang pentadbiran,
pejabat, bilik guru, perpustakaan, bilik ERT dan makmal.Selain itu, terdapat
sebuah bangunan kantin dan sebuah bengkel seni perusahaan dan kedai koperasi.
SMKSA mula beroperasi 2hb. Januari.1977,dikenali sebagai Sekolah
Menengah Chabang Tiga, berasaskan nama mukim tempat letaknya sekolah ini.Ia
menempatkan pelajar tingkatan satu seramai 539 orang , iaitu seramai 313 orang
murid lelaki dan 226 orang murid perempuan yang kesemuanya berbangsa Melayu
memenuhi 13 aliran kelas. Mereka adalah murid-murid sekolah rendah dari kampung-kampung
Chabang Tiga, Losong, Durian Burung,Seberang Baruh dan sekitarnya yang sebelum
ini menyambung pendidikan mereka ke Sekolah Menengah Padang Midin, Sekolah Menengah
Tengku Bariah, Sekolah Menengah Panji Alam atau Sekolah Menengah Sultan
Sulaiman sekitar Kuala Terengganu.
Kumpulan guru yang menjadi peneroka kepada sekolah ini seramai 23 orang iaitu 17 lelaki
dan 6 wanita. Pengurusan dan pentadbiran sekolah diketuai oleh Encik Mohd bin
Embong selaku Guru Besar dan dibantu oleh Mohd Salleh bin Ali sebagai guru
penolong kanan.Manakala kakitangan bukan guru ialah seramai 6 orang yang
bertugas sebagai pegawai kerani, pekerja am dan pengawal keselamatan,
Mulai 1hb. Jun 1977 nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah
Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad.Ia diambil dari nama dua orang sultan yang
pernah memerintah negeri Terengganu Darul Iman iaitu Almarhum Sultan Ahmad Shah
I (1808-1830) dan Almarhum Sultan Ahmad Shah II (1876-1881) atau singkatannya
SMKSA yang kini sudah banyak berubah wajah dan bentuk fizikalnya. Peningkatan
prestasi akademik dan juga perkembangan budaya sekolah ini sendiri melahirkan
satu kesesuian iaitu digunakan sebagai
sebuah sekolah bertaraf ‘A’ mampu meledakkan
ilmuwan dan pendidikan kepada 1590 orang
murid yang terdiri daripada 855 orang murid lelaki dan 729 orang murid
perempuan. Aliran kelasnya meningkat kepada 50 buah kelas.
Sejajar dengan pertambahan pelajar yang memuncak pada tahun 1984 iaitu
seramai 1954 orang, pada tahun yang sama sebuah blok bangunan tambahan (projek
kilat) telah dibina yang mengandungi 4 bilik darjah. Sebenarnya, sejak tahun
1981 lagi sekolah ini terpaksa mengadakan waktu persekolahan dalam dua sidang, iaitu pagi dan
petang.
SMKSA mempunyai anggota guru yang cukup dan berpontensi sebagai
tenaga pengajar, begitu juga kakitangan bukan akademik. Keperluan fizikal yang
terdapat dilihat berubah dengan pembesaran ruang kantin, pembinaan sebuah dewan
sekolah, sebuah surau baru yang lebih besar yang telah dirasmikan pembukaannya oleh
Y.A.B Menteri Besar Terengganu, Dato’Seri Amar Di Raja Wan Mokhtar bin Ahmad
pada tahun 1990. Bangunan KBSM yang mengandungi blok bangunan kelas, blok
bangunan makmal dan pusat sumber sekolah telah mula digunakan pada tahun 1992.
Perkembangan dalam akademik dan kokurikulum SMKSA telah menunjukkan
peningkatan yang berterusan.Pada tahun 1985 hingga hari ini, telah menampakkan
satu kemajuan yang seiring dengan sekolah-sekolah lain di Terengganu,iaitu pada
tahun 1989, pencapaian SRP pada tahap 71.38 % dan SPM pula 91.67 %. Dalam usaha
ke arah pengembangan akademik, SMKSA menubuhkan sebuah kelas pemulihan khas
pada tahun 1983 bagi pelajar tingkatan satu yang berjaya mendudukkan mereka
dalam peperiksaan SRP pada tahun 1985. Mulai tahun 1986, kelas pemulihan diubah
dan digerakkan usaha pemulihan dalam bentuk menyeluruh di semua aliran
tingkatan satu hingga lima .
Pada tahun 1998 kelas pemulihan ini sekali kagi diubah menjadi kelas intervensi
3M. Kini,SMKSA menghala usaha akademik, kokurikulum mengikut pengkaedahan
K.B.S.M.
Masalah
disiplin di SMKSA bukan satu hal yang membebankan pihak sekolah.Unit Hal Ehwal
Murid bersama-sama Badan Disiplin dan Guru Kaunseling sentiasa memupuk disiplin
pelajar sekolah ini supaya peningkatan akademik tidak terbantut. Pelajar-pelajar
yang bermasalah dan menduduki kelas-kelas yang mundur diserapkan ke dalam
kawalan badan disiplin dan aktiviti pemulihan akhlak.
Kegiatan
kokurikulum seperti biasa bergerak di peringkat sekolah. Penglibatan di luar
sekolah berjalan lancar dalam semua bahagian seperti sukan ,aktiviti pasukan
beruniform dan aktiviti akademik.Penglibatan ini berlaku dalam bentuk memberi
khidmat sumbangan dan pertandingan, serta lawatan sambil belajar. Sebagai
sebuah sekolah, SMKSA mempunyai lencana yang merupakan satu identiti sekolah. Motonya
ialah
“Berilmu, Beriman dan Berdisiplin ”
Satu sumber yang tidak berapa pasti mengatakan asal SMKSA adalah Sekolah anika jurusan losong
ReplyDeleteSatu sumber yang tidak berapa pasti mengatakan asal SMKSA adalah Sekolah anika jurusan losong
ReplyDelete